 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
DiCoM's FiRsT BaTcH
 By: DiCoM KPMIM
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Monday, 22-Jan-2007 12:19 |
Email | Share | Bookmark |
|
Malaysia: Refleksi dari Kendiri dan Etika, Kemanusiaan Terluntur
|
|
Malaysia: Refleksi oleh Kendiri dan Etika, Kemanusiaan Terluntur
Semalam, selepas aku baru balik dari kelas, die hadapan Giant Hypermarket berhampiran Pangsapuri Perdana ade satu selekoh yang agak bahaya dan tajam.. Masa aku baru nak lalu selekoh tu ada la datang sebuah motorsikal EX5 dengan lajunya, penunggang tu dh lambat nak ke ke kelas agaknye. Selekoh tu agak tajam dan dia belok dalam keadaan agak laju, oleh itu ekzos moto tu terseret kat jalan dan dia macam terlantun lalu terbalik, nasib baik tiada kereta masa tu, kalau tak pasti dilanggar
Kemudian aku sebagai penunggang motosikal kat jalan tu, tak berenti untuk membantu dia,aku hanya tengok dan berlalu, sebab aku fikir aku ni dah la tak boleh tengok darah dan tak boleh nak tengok mende2 camni, so aku blah.. dan aku juz rase cam bersalah.. Kenapa aku tak berenti? Mana sikap kemanusiaan aku?
Pensyarah aku yang berasal dari Pakistan ceritakan pengalaman die dalam kelas sebelum aku tengok moto EX5 tadi terjatuh. Ceritanya, suatu hari dia driving dari KL to Penang, then suddenly ada sebuah kereta datang dari belakang dengan agak laju, dan hampir melanggar dia, so dia mengelak dan hampir terbabas, dan dengan jujurnya dia menyumpah pemandu tu, ketika pemandu tu melewati kereta pensyarah aku, die tgk pemandu tu sedang bercakap telefon. Selepas beberapa minit pensyarah aku terkejut apabila tengok ada kemalangan besar dan seorang penunggang motosikal cedera parah.
Kemudian, pensyarah aku ni bergegas turun dari kereta dan cuba nak angkat penunggang motosikal tu untuk dibawa ke hospital, dan pensyarah aku cakap “Help Me Please”, ramai rakyat Malasyia yang ada kat situ, mengelilingi pensyarah aku dan mangsa kemudian ada seorang rakyat Malaysia yang pandai berbahasa Inggeris berkata “Stop, stop, you cant touch him, this is a police case, we should wait police to come first”, pastu pensyarah aku jerit lagi, “He is dying, we have to bring him to hospital”… No one come.. takde sape yang tolong.. Mana sikap kemanusian rakyat Malaysia yang bersopan santun ni?
Sambil berpesan kepada diri aku dan juga kepada orang lain, aku teringat kata seorang bangsa asing yang aku kenal, “Because of government’s rules in Malaysia, humanity fades, in educated society this is a norm but in not too well-educated society, this is a disease”..
-bLuek-
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|